Syifa
Tanggungjawab suami, isteri dan bersama.
Friday, April 19, 2013 3:35 AM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Tetiba rasa terpanggil untuk share apa yang aku faham tentang tanggungjawab seorang suami kepada isteri begitu juga sebaliknya, serta tanggungjawab bersama. Mungkin aku masih muda, masih mentah, orang cakap setahun jagung kalau nak bicarakan pasal kawin ni. Tapi tak salah berkongsi sesuatu yang baik right ? Moga jadi panduan untuk aku dimasa akan datang. Hikk.


 Tanggungjawab suami.


 Memberi nafkah zahir dan batin. Jangan sesekali abaikan.

 Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak-anak. Ikut kemampuan !

 Mendidik isteri dan anak-anak.

 Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.

 Mewujudkan pergaulan yang baik dalam keluarga.

 Memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak.

 Adil jika berpoligami.


 Tanggungjawab isteri.


 Mentaati suami selagi tak bercanggah dengan Islam.

 Menjaga maruah diri dan suami.

 Menjaga kebersihan diri, anak-anak serta rumah.

 Membantu meringankan beban suami.

 Hiburkan suami.

 Jangan meninggalkan rumah tanpa izin suami.


 Tanggungjawab bersama.


 Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.

 Memberi pendidikan kepada anak-anak. Terutama pendidikan agama.

 Memberi kasih sayang kepada anak-anak.

 Membina ikatan kekeluargaan yang baik bagi kedua-dua belah pihak.

 Sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga.



Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan, maklumlah setahun jagung katakan. Sebenarnya asas kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan tu bila mana si suami dan isteri tahu tanggungjawab masing-masing, faham dan akur serta laksanakannya bersama-sama. Nak bahagia bukan senang, tapi tak juga susah kalau suami isteri saling bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Paling penting, sentiasa sayang pasangan kita dari sehari ke sehari, setia, dan percaya. InsyaAllah rumahtangga bahagia.



p/s : Tips kekalkan keharmonian rumahtangga dari budak yang baru masuk umur 20-an. Hikk.




Labels: