Syifa
Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2
Wednesday, May 22, 2013 May 22, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan gambar.




Pagi tu anjang tawarkan diri nak hantar kitorang kat wisma DRB Hicom. Kalau g dengan kereta sendiri kitorang nak balas terus lepas habis majlis. Sebab tu anjang nak hantar, nanti habis tu dia pick up dan bawak balik rumah dia semula. Anjang bijak !



Banner di pintu masuk. Berdebar bila baca sebab bakal berdepan dengan manusia yang ramai, dan aku tak kenal. Aku kategori STPM :)




Wisma DRB Hicom. Memang cantik ! Menepati konsep Shah Alam Bandaraya Dalam Taman. Wisma ni dikelilingi pokok, taman, kolam ikan, air pancut. 




Done pendaftaran. Proses pendaftaran yang sangat cekap dan efisien, walaupun tak guna komputer. Manual saja. Di kaunter pertama sebutkan nama dan kategori, dia bagi tag. Tali kuning untuk STPM, hijau untuk SPM dan merah untuk PMR. Tag bertali ungu tu untuk ibu bapa atau penjaga. Semasa proses pendaftaran ni jugak dia bagi kupon sarapan pagi, tapi sebelum tu kena tandatangan untuk buka akaun Bank Muamalat. Duit tu dia dah bank in kat situ.





Suasana sarapan pagi. Ni dekat ground floor, tempat parking kereta. Hehe.




Dalam pukul 9 lebih tu dia panggil peserta dan ibu bapa untuk masuk ke dalam wisma tersebut. Majlis ni diadakan dekat lobi which is tingkat 3 or 4. Aku pon dah lupa. Sebelah kanan pentas untuk ibu bapa, manakala sebelah kiri untuk students. Dan setiap kerusi untuk student tu dah ade nombor yang sama dengan nombor dalam tag. Jadi kena duduk kerusi masing-masing ye.



Dalam pukul 10 pengacara majlis mengumumkan ketibaan CEO serta sekutunya. Dan seperti biasa dengar ucapan CEO yang aku kira banyak beri motivasi serta dorongan pada kami semua. Time ni fikiran aku melayang jauh. Tetiba aku rasa nak jadi salah seorang stuff DRB Hicom. Dapat duduk opis cantik, besar, pakai smart !



Lepas habis ucapan CEO maka bermulalah sesi penyampaian hadiah, bukan hadiah sangatlah. Cek sebenarnya. Memula sekali dipanggilnya pelajar PMR yang cemerlang iaitu 7A dan keatas. Penerima seramai 193 orang. Pengacara majlis siap sebut nama, anak kepada siapa (yang bekerja dibawah anak syarikat DRB Hicom) dan dari anak syarikat mana. 



Contohnya : Bedah anak kepada Seman dari Pos Malaysia.




Lepas selesai kesemua 193 orang naik ke atas pentas menerima sijil dan cek, maka bermula sesi fotografi. Kemudian diikuti pelajar SPM seramai 155 orang yang mendapat keputusan 7A dan keatas. Prosedur yang sama seperti pelajar PMR tadi. Majlis berjalan begitu lancar. Semua nama dipanggil, tiada yang tertinggal, dan tiada yang terambil sijil orang lain.



Dan yang terakhir penyampaian sijil serta cek RM600 kepada pelajar cemerlang STPM. Rupanya hanya 3 orang penerima bagi STPM. Dan kami paling beruntung sebab muka masing-masing memang sah terpapar time fotografi sebab hanya bertiga atas pentas. Tak macam pelajar PMR dengan SPM. Seratus lebih atas pentas time nak bergambar, mungkin terselit sikit je muka kau. Tu pon mujur sangat ade.



Berdiri sebelah CEO lagi. Kau ade ?



Majlis penyampaian selesai dalam pukul 11:30, apalagi, turun makan la pulak.




Nasi arab lagi, nasi putih dan nasi minyak. 




Nasi minyak ni memang terbaik. 




Bila pen-serve makanan tu tengok kita dah siap makan, dia hantar desert buah, abc dan cendol ! Layanan makanan memang tiptop. Ibarat kau duduk berlunjur bak raja, pastu gundik suapkan anggur.



Sebelum balik, snap barang sekeping dua untuk dijadikan memori. Boleh tunjuk kat anak cucu aku nanti.





Kemudian anjang jemput, dan balik semula ke rumah dia. Dalam pukul 4 petang kitorang gerak balik pahang. Pukul 6 sampai Genting Sempah dan berhenti untuk ngeteh. Pukul 8 lebih, selamat sampai rumah. Ni antara aktiviti kat rumah anjang....



Kaum kaum bapa menengok tv di tingkat atas.



Kalau kaum bapa tengok tv, kaum ibu tengok tudung.



Kaum anak sekalian menjahanamkan piano. Ni anak anjang yang gegirls/ Diorang ni menghiburkan hati. 




Yang kiri tu yasmin, si bongsu, mata bulat, sebijik kopipes muka maknya. She's born in London dan masa musim panas dia dibawak balik penang, rumah opahnya. Jadi bila berdepan dengan kakak dan abangnya dulu, dia tak faham apa yang kakak2 dan abangnya cakap. Yasmin ni pure penang. Tapi skang alhamdulillah boleh dah speaking, katanya belajar dari Sarah.



Okay yang tengah tu Sarah, anak ketiga, dia ni istimewa sebab hiperaktif. Kalau ikutkan dia darjah 2, tapi dia kelas pendidikan khas. Bila bicara pasal kanak-kanak hiperaktif ni semestinya aktif kan ? Sarah ni tak pandai berbahasa melayu. Dan english dia pulak tak macam accent kita ni. Dia punya pekat sikit. Sebijik macam omputih cakap tu. Dia punya imaginasi kuat. Skang dia pandai cakap melayu sepatah sepatah, belajar dari upin ipin. Kalau kita cakap melayu dengan dia, dia paham, tapi dia balas in english.



Yang kanan sekali tu Tina, anak anjang yang kedua. Tina ni darjah 4, tapi badan besar mengalahkan cikgu. Dia lama kat London. Anak mat saleh kan semua badan besar besar, tinggi. 



Ni muiz, yang sulung. Tak dapat tangkap gambar dia yang latest, berkurung dalam bilik je. Muiz ni Form 2 sekarang. Hensem, tinggi, macam anak mat saleh jugak la.



Tina playing the piano while Sara is......




Dancing atas meja !



Nak balik tu anjang iring sampai simpang sebelum highway sebab abah taktau jalan sangat. Sebelum tu singgah makan cendol kat seksyen 16. Terbaik cendol ni. Lemak manis disukai ramai.




Sekian ! Akhirnya tamat jugak.




p/s : Esok akan ke sekolah untuk menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM damnSTPM 2012.




Labels: ,