Syifa
Photoshoot.
Wednesday, June 26, 2013 June 26, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Hari Rabu, sesuai sangat kalau nak buat Wordless Wednesday. Kemain ambik kesempatan malas nak menaip, so update hari Rabu, keji betul perangai. Ni sebenarnye gambar photoshoot hampir dua minggu yang lepas. Konsep photoshoot, tapi idakk la panggil photographer betul betul, guna pon camera henpon aje. Boleh klasifikasikan as photoshoot? Lantaklah.



Actually kitorang pergi picnic kat Lentang, balik tu singgah taman and gediks gediks nak bergambar. Si lelaki la tukang ambik gambarnya. Dua lelaki, tiga perempuan, so woman win ! Hari Jumaat tu aku, ika dgn jira keluar temerloh dulu, ogy drive. Pergi bank, pastu beli barang nak masak. Balik dari temerloh tu aku dgn jira tido rumah ika je.


Pagi esoknya dalam pukul 9 lebih kitorang gerak. Kali ni pegi berlima. Aku, ogy, ika, jira and iwan. Lentang tak jauh pon, sejam lebih dah sampai. Mula-mula sampai tu kitorang salin baju, cari port nak letak barang makanan, makan, pastu mandi. Menu nasi goreng dgn ayam masak merah. pastu ade la cekedis dgn air kotak. Sambil mandi sambil makan. Acane tu?



Gambar dlm air semua tak senonoh. Blur la, pandang tempat lain la, tudung kelepet la. So takmau teman upload.



























Tema dress dan flat. Kononnye la. Aku je tersesat dress coklat. Ika dgn jira sedondon biru. Flat pon kemain meriah warna merah, aku warna hitam je. Yang penting semua flat ade reben. Haha !








Labels: