Syifa
Degree of......
Friday, July 12, 2013 July 12, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



First of all selamat berpuasa kepada semua umat Islam, belum terlambat kan? Actually agak sedih bila tengok dekat facebook, twitter, ramai yang mengadu lapar, letih, tak tahan la, nak berbuka la. And mereka terdiri daripada remaja belasan tahun, bukan anak kecil ! What a surprise. Bagi aku tak perlulah update or tweet sebegitu. Macam la tak biasa berpuasa kan.




Thats not my point.




11072013 which is hari Khamis iaitu 2 Ramadhan, batch 93 yang ambik stpm tahun lepas boleh check upu untuk mengetahui sama ada permohonan sambung degree berjaya atau tak. So quite a touh day for me. Dari malam tu lagi aku tak boleh tido, dok mikir aje dapat ke tak.




Dan bila tepat jam 12 tengah hari, keputusan permohonan dah boleh disemak, tapi aku tak semak terus. Takut punya pasal. Aku jadi silent reader kat twitter, ramai yang tweet dapat situ la, sini la. Aku pon double berdebar. Duduk je ngadap depan netbook, lepastu sibuk mintak nombor ic orang lain, nak tolong check la kononnya.




Nak dekat sejam jugak aku tunggu, saja malas check awal awal, sebab tak dapat terima hakikat andainya di-reject. Then tetiba ogy whatsapp dia cakap dia dah tolong check untuk aku, dekat phone. Punya la tak sabar nak tau agaknye. Aku nak marah jugak mula mula tu, tapi bila pikir balik biarlah dia check, aku sendiri yang tak berani.






Ogy cakap aku dapat uum, tapi aku marah dia sebab main main. 





Lepas dapat whatsapp tu terus aku check kat website dia pulak, alhamdulillah rezeki kat uum rupanya. Ijazah sarjana muda pengurusan awam dengan kepujian.

Labels: ,