Syifa
Poligami.
Thursday, July 18, 2013 July 18, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana, Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah 
Tak usah bicara tentang zuriat  
Kerana, Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun… 
Tak usah bicara tentang setia  
Kerana, Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan 
Tak usah bicara tentang tanggungjwb 
Kerana, Aku tahu kau lebih arif tentang itu 
Tak usah bicara tentang kesempurnaan 
Kerana, Aku terima kekurangan kau kerana Allah 
Tak usah bicara tentang dia  
Kerana, Aku diasingkan darimu kerana dia  
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah 
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.. 
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah… 
Kerana satu dunia tahu. 
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
DAYANA 



Short but deep ! I'm so touched when first read this puisi. And I re-read more than four times. Just to find out the meaning besides this wonderful words. Bukan calang calang orang yang boleh tulis puisi sebagus ini, kecuali ia nya betul betul lahir dari hati.




And I bet, ramai yang tersentuh bila membacanya right? Me too. I just can feel that Dayana such a good wife, looking a video on Youtube (video di mahkamah), Dayana nampak tenang dan masih tersenyum manis. Tapi semua tahu tu senyuman palsu. Aku  percaya kita semua tak berniat untuk masuk campur hal rumahtangga mereka, but we fight for a womans right.




Poligami itu tak salah, malah sunnah.




Tapi yang menjadikannya salah bila si suami menipu. Tidak merujuk kes Ashraf Muslim semata-mata, ramai lelaki yang berani berpoligami tapi tak berani nak beritahu isteri tentang niat mereka. Dan lebih menyedihkan bila si siteri ditipu. Bayangkanlah perasaan kami seorang wanita, yang dah tentu lembut hatinya, mungkin hancur hati disaat tahu terpaksa berkongsi kasih sayang dengan insan yang digelar "madu"




Madu manis bagimu, pahit bagi diriku......




Setabah manapun perempuan yang menerima istilah bermadu, pasti ada sedikit tercuit perasaan. Kalau dulu kita tahu kasih sayang dan cinta suami hanya untuk kita, tapi kini ada insan ketiga. Insan ketiga yang halal dan layak dapat apa yang kita dapat.




Tak terfikir dan taknak fikir apa akan jadi kalau aku diduakan. Masa bercinta setia bagai nak rak, tapi bila dah kawin, baru dua tiga tahun diuji dah cari lain. Hanya mereka berdua yang tahu apa terjadi dalam rumahtangga mereka. Aku tak salahkan Ashraf Muslim berpoligami, jujur saja lebih baik sebenarnya. Lepastu terpulang kepada Dayana atas apa jua keputusannya.




Semoga rumahtangga mereka bahagia hendaknya, semoga Dayana insan seterusnya yang dipilih untuk menerima payung emas dari Allah. Dan kepada lelaki diluar sana, perempuan juga ada hak bila anda ingin berpoligami, bincang dulu, mintak keizinan, tapi taktau la bape peratus je yang izinkan yedakk? Pandai pandailah yeee.

Labels: