Syifa
Selamat hari raya - 1 Syawal
Wednesday, August 14, 2013 10:58 AM | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Dah seminggu raya baru nak update, biarkan. So tahun ni turn raya kat kampung belah mak, Kuala Wau. Aku balik petang sebelum raya tu. Seronok jugak la sebab ade cousin yang sebaya dengan aku, kira cousin paling rapat la. Aku balik kampung dah lewat, tunggu abah habis keje dulu, sampai je rumah wan ngam ngam bukak puasa. Mak dengan adik adik balik sehari sebelum aku balik, abah jugak yang hantar.



Takde ape sangat yang aku buat, rendang lemang semua dah tersedia, so aku habiskan masa dengan berborak dan cari line phone ! Maklumlah kat kampung belah mak ni line phone memang menguji kesabaran. Dah la time ni dapat bonus birthday, rugi camtu je.



Pagi hari raya tu macam biasa bangun awal, mandi, pakai cantik-cantik then jalan kaki pergi sembahyang raya. Time raya ni la baru nampak masjid penuh, anak cucu cicit belaka ade balik. Biasanya kampung ni sunyi je, sebab yang tinggal sini orang-orang tua je. Bila raya baru la meriah dengan kehadiran orang luar. Nak harapkan orang kampung, entah dua saf je agaknye.



Balik sembahyang raya pulak touch up sikit, jamah nasi ayam yang mak masak pastu pergi beraya keliling kampung. Masuk dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain, kemain seronok lagi. Tak hirau ke panas terik dah, berjalan dari pagi sampailah azan zohor baru balik rumah wan.



Lepas zohor naik kereta pergi beraya kat Chenor pulak, rumah jiran lama dulu. Perut full jangan cakap la, rasa nak meletup dah. Balik rumah wan semula ngam ngam maghrib. Lepastu takde ape dah, baring la sampai ke malam sebab dah penat.



Sepatutnya gambar anak dengan mak je, pastu angah jilah (sepupu) sibuk interrupt.



Gambar dgn uda (adik) dan ina (sepupu sebaya)



Kat rumah ni best, makan nasi minyak.



Gambar tepi sungai pahang.




Cousins. Ina and adiknya, Asyraf.



Ina and kakaknya, angah jilah bersama anak-anaknya. Sian angah jilah, beraya tanpa suami. Hakhak.



Sama tak muka along dengan adik adik? Haha.



With abah yang superb cool !


p/s : Takde gambar satu family.
p/s : Angah takde dalam gambar, sebab malam raya pertama tu baru dia sampai rumah wan.
p/s : Sedondon. Lelaki baju melayu ungu, gegirl dan mak baju kurung biru+pink.

Labels: ,