Skip to main content

Insiden balik cuti sem.

Assalamualaikum.



Harini hari ketiga aku berada di rumahku syurgaku, well takde kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya aku kat rumah, dikelilingi keluarga yang tercinta. Cewahhh. Actually aku nak cerita dan kongsi pengalaman ngeri aku masa nak balik Pahang dari Kedah.



Petang Ahad, lepas habis exam aku terus aku ke terminal changlun untuk tunggu bas. My bus supposed to be on 7pm, aku sampai dalam pukul 6pm gitu. So sementara sejam menunggu bas tu aku duduk jela sambil online dan tengok orang sekeliling. Duduk punya duduk jam kat phone aku dah menunjukkan pukul 8pm. Aku cool lagi. Orang yang baru sampai terus naik bas, aku yang dah 2 jam terpacak kat situ bas tak sampai sampai lagi.



Dalam pukul 8.15pm aku dah mula tak cool, aku tanya akak kat kaunter tiket changlun tu, dia cakap bas ******** ke Pahang pukul 8.30pm. So aku pon tunggu la lagi. Tak lama lepas tu phone aku berdering, aku pon angkat la dan kedengaran suara perempuan di hujung talian.



Dikk, adik yang seat nombor 6 bas ******** balik pahang tu kan? Kenapa tak naik bas tadi. Sekarang bas dah sampai alor setar, adik boleh datang sini tak? Driver tengah mandi. Apa-apa hal adik tanya kat kaunter adik beli tiket tu.



Perghh, gila cuak tak cuak aku. Rasa macam nak nangis kat situ jugak. Tak pernah perkara sebegini jadi kat aku, dan aku tak pernah handle seorang diri. Aku pon bergegas ke kaunter tiket kat changlun tu. Ohh untuk pengetahuan, yang call aku tadi akak jaga tiket kat kaunter alor setar. Akak tu call orang kat alor setar, dia pot pet pot pet then letak.



Adikk, kenapa tak naik bas tadi? Sekarang bas tu kat alor setar. Dah nak gerak pon. Kalau adik nak tumpang bas lain ke alor setar, tak sempat dah. Memang tak sempat. Melainkan adik naik teksi ke Sungai Petani, sebab bas akan ambik penumpang kat situ, dalam pukul 10.30pm bas akan gerak. So adik kena sampai sana sebelum 10.30pm.



Aku dengan gelabahnya terus ke hentian teksi, masa tu dalam dua tiga minit sebelum pukul 9. Aku dah cerita dari A sampai Z ke  pakcik teksi tu dan dia setuju nak hantar. Bayarannya RM130. Terkejut. Kenapa mahal sangat camtu, tapi dalam keadaan panik aku bayarkan aje. Pakcik tu bawak memang laju. Dan dipendekkan cerita, aku sampai ke terminal bas Sungai Petani pukul 10.15pm.



Terus ke kaunter ******** kat situ, bersyukur sangat sebab bas tak sampai lagi. Aku tunggu dalam 15 minit baru bas sampai. Tapi honestly, sangat menakutkan bila seorang diri kat terminal Sungai Petani tu. Penuhhhh dengan pendatang asing ! Dengan ulat tiketnya kejar kita, semua mata memandang. Tuhan je tahu betapa aku takut masa tu.



Okay, now sampai ke part yang serius. The reason kenapa aku terlepas bas. FIRST, akak yang kat kaunter tiket changlun tu cakap bas aku ******** dua tingkat, yang datang bas ******** setingkat dan tulis KL-JB. So aku tak naik.



SECOND, bas tu masuk changlun sekejap je. Rupanya dari changlun penumpang hanya 4 orang ! Dan kenapa masa kat changlun tu taknak chenck penumpang terkurang? Kenapa bila sampai alor setar baru nak call?



THIRD. biasanya bila ade bas yang masuk orang yang jaga tiket tu akan menjerit sebut nama bas dan lokasi kemana. Tapi dalam kes aku ni takde ! Bas dah la masuk sekejap je.



FORTH, aku dah rasa aku terlalu lama menunggu. So aku tanya akak tiket tu. Dan dia cakap bas ******** ke pahang pukul 8.30pm. Padahal, bas tu dah sampai ke alor setar pon dia taktau. Orang lain pulak yang call aku maklumkan aku ni tertinggal bas.







Sekian.



p/s : Bersyukur sangat ade kak angkat yang ambik berat. Sepanjang perjalanan dalam teksi tu aku duk whatsapp dengan dia. Dia duduk kepala batas, lebih kurang setengah jam nak ke sungai petani. So dia cakap kalau aku tak sempat ligan bas, dia akan bawak aku tidur rumah dia dulu. Dan sepanjang perjalanan tu jugak dia tak henti henti tanya lokasi aku. Thanks kaknik ! One day aku akan ke rumah dia, nak jumpa anak-anak dia yang dah besar dan comel tu.

Comments

Popular posts from this blog

5 month

Thank you for staying even if you had so many reason to leave. You're my best friend my crying buddy and my Mr. Fix (you can handle my thunderstorm very well) I love you from the first day we met until now.

Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR, SPM, STPM (DRB Hicom) - Part 2

Assalamualaikum.



Mana yang tak baca lagi part 1, click sini ye Part 1.



Sabtu 18 Mei 2013



Pagi tu aku bangun awal dengan jayanya, walaupun bengkek sikit sebab dalam rumah anjang tu memang takde line phone. Bangun je kena tunggu turn nak guna bilik air kat bawah tu, masing-masing malas nak guna bilik air atas.



Then dah bersiap cecomel tu maka haruslah bersarapan pula. Anjang belikan nasi lemak sambal kerang dan sotong. Serius memang sedap ! Sambal dia tak pedas langsung. Sesuai dimakan seisi keluarga, since anak-anak anjang semua kecik-kecik lagi. Memang tak makan pedas kan. Lagipon diorang semua dah bertahun-tahun kat London, ade la dalam 7-8 tahun stay sana. Lagilah tak tahan pedasnya.




Dalam pukul 8 pagi tu bertolak, dan ngam ngam sampai kat wisma DRB Hicom tu pukul 8:30 pagi, waktu pendaftaran. Punyalah ramai manusia. Maklumlah, DRB Hicom ade lebih kurang 30 anak syarikat. Dan anugerah ni untuk pelajar PMR, SPM dan STPM untuk semua anak kakitangan under syarikat DRB Hicom.



Jom layan g…

Another beautiful month with you

Ada harinya kita ngam, kita sekepala.. gurau kasar macam mana pon tak sentap, takde yg take it seriously.. Ada hari yg belum bukak mulut lagi dah mula terasa, berperang sampai habis peluru reload balik 14 kali.. Ada hari saya api, awak air.. Ada hari bila awak api, saya simbah awak dgn berbaldi-baldi air.. Dah faham A to Z perangai awak yg complicated, begitu juga sebaliknya.. Awak pon mula faham ragam saya yg kadang tak logik, merajuk tanpa sebab.. Happy 4 month sayang ! Thanks for everything, thanks accept me for who i am.. saya tak perlu risau bila dgn awak, saya tak perlu pakai topeng utk sembunyikan siapa diri saya yg sebenar.. this sounds soooo cheesy, but ILOVEYOU !! Kau yang terakhir.. namun masih yang pertama.