Syifa
Sebelum..
Saturday, November 29, 2014 November 29, 2014 | 0 Comment(s)

Sebelum aku kenal yang lain, aku kenal mereka dulu..
Sebelum kita mula rapat, mereka dulu disisi aku..
Kalau aku diberi pen dan kertas untuk menulis isi hati aku mengenai persahabatan kita, jujur aku tak mampu..
Sebab perasaan di dalam hati ni tak mampu diekspreskan dalam bentuk ayat..
Sungguh, korang memang sahabat yang paling PERFECT pernah aku jumpa. Bagaimana aku masih boleh rasa rapatnya kita walau kita tak lagi duduk semeja, makan dan tidur bersama, menghabiskan masa pagi petang siang malam..
Hakikatnya aku sedih bila kita mula berpisah.. seingat aku tahun 2008, masa kita form 4. Semua bawa haluan masing-masing.. dan aku terpaksa berpindah ikut family. Itu adalah titik tolak kita semakin menjauh..
Sekarang siapa sangka media sosial mengeratkan kita kembali. Lebih erat walaupun tak bersua muka. Walaupun kita hanya jumpa setahun sekali. Ahh betapa aku rindu waktu itu. Korang memang sahabat yang paling best dan gempak pernah aku jumpa.. tak pernah tak senyum bila keluar dengan korang.

Labels: ,


Confession
Monday, October 27, 2014 October 27, 2014 | 0 Comment(s)

Rasa sakit hati tu dari kecik, kalau dibiar makin lama makin parah. Memang payah nak ubat once kau rasa menyampah dengan seseorang atau sesuatu keadaan. Tambah pulak kalau kau jenis pemendam.. lagi parah.

Berapa kali ajar diri.. sebelum tidur maafkan semua orang. Harap bangun nanti bayang mereka yang mengusutkan itu lenyap..


Labels: ,


Debaran kian terasa.
Saturday, August 9, 2014 August 09, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar dah dua bulan lebih hakakk kat rumah cuti semester. Hujung bulan ni dah kena balik sangkar yang tercinta tu. Hakakk mula serabut memikirkan bagaimana nak survive untuk sem 3 ni. Bagaimana nak up kan balik pointer hakakk. Dengan tugas luar yang bakal menggunung nanti. Program sana sini, handle junior lagi. Hakakk is serabut sebelum waktunya. Bantu hakakk.

Labels: ,


Secrets...
Sunday, July 6, 2014 July 06, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera,




The Good Vibe - Inspirational Picture Quotes



Kalau soalan macam ni ditanya kat engkorang, agaknya engkorang jujur ke tidak? Aku yakin dengan seyakinnya bahawa setiap dari kita ni pernah pecahkan rahsia sama ada dengan SENGAJA atau TAK SENGAJA. Well kalau tak sengaja tu masih boleh dimaafkan, yelah mulut manusia ni kalau diberi bercakap memang takde hentinya. Tapi menjadi masalahnya bila kau dengan sengaja pecahkan rahsia yang diamanahkan. Menyimpan rahsia itu perlu konsisten. Bukan harini simpan, esok tahan, tapi lusa dah mula cerita kat orang lain sedikit demi sedikit hingga perkara tersebut bukan rahsia lagi.



Bila tak konsisten......



A : Blaa blaa blaaa. Engko janji pegang rahsia ni sampai bila-bila. Jangan bagitau sesiapa pon okay.
B : Kita kan bff, rahsia engko rahsia aku dan aku akan simpan kemas.



Keesokan harinya.....



B : Weyhh, engko nak tahu satu rahsia tak pasal A? Tapi jangan bagitahu orang lain sebab ni adalah rahsia.
C : Apa? Okay janji pecat diperut je. Takkan engko tak percaya aku.



Dan begitulah seterusnya. Akhirnya rahsia bukan lagi rahsia, malah dari sehari ke sehari semakin ramai yang tahu rahsia kita. Jadi kesimpulannya aku nak bagi pesanan penaja kat pemberi dan juga penerima rahsia. Pesanan penaja ni free je jangan risau.



Kepada si pemberi rahsia : Yee, kenkadang tak semua masalah kita boleh tanggung sensorang. Ada masa nak diluahkan... Cari la kawan engko yang palinggggg jujur, amanah dan yg engko percaya. Paling tidak, keluarga. Aku yakin keluarga contohnya mak ayah akan pegang rahsia engko tu dgn baik dan support engko dari belakang. Kalau rahsia yang manusia tak boleh simpa, engko mengadu la kat Tuhan, nescaya Tuhan sebaik-baik penyimpan rahsia. Dia takkan bukak aib engko...


Kepada si penerima rahsia : Once engko dipercayai, jangan hancurkan kepercayaan orang terhadap diri engko. 


Dah... Tu je nak bebel. Baiii.


Labels:


Kedah Berkabung.
Wednesday, May 21, 2014 May 21, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.

Pepagi tadi semangat bangun nak pergi kelas (okay tipu) dan tetiba kawan mesej tanya kelas cancel ke. Aku pun agak blur, kenapa nak cancel pulak sebab miss dah janji today is our last class, rupanya aku yang ketinggalan. Aku yang tak tahu menahu bahawa ada kemangkatan Tunku Bendahara. Betapa tak alertnya aku sebagai anak Kedah (temporarily, Pahang tetap dihati).



CUTI KELEPASAN AM (KELAS SEMUA TIADA PADA HARI INI)
*Sila sebarkan.
Harap Maklum..
selepas jam 10 pagi..
Bas shuttle akan bergerak 1jam Sekali ..
[BELASUNGKAWA]
KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman
Bismillah Hirrahmanirrohim
Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.
Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.
Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.
Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.
Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.
Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.
DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Labels:


Commitment.
Monday, March 3, 2014 March 03, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Masa semakin berlalu, dan blog semakin terabai. Bukan nak kata aku ni busy sangat sampai tak boleh spend masa at least 10 minutes on blog. Bukan jugak aku ni terlalu banyak masa terluang. It's all about commitment. Walau kita suka macam mana pon sesuatu benda tu, if kita tak bagi commitment yang sepenuhnya then it cannot be achieve successfully.



Aku suka berblogging sebenarnya. Dan blog adalah antara salah satu media sosial yang paling awal aku kenal selepas myspace dan tagged. So it almost 5 years if Im not mistaken. Nak kata bosan, no at all. Masalah paling utama, aku takde the right or proper time yang aku tetapkan dalam sehari utk bukak blog. Let say if aku tetapkan everyday pukul 8 malam kena spend 15 minutes to blogwalking, then aku follow jadual tu secara berterusan. Kan senang.



So jom kita relate dengan study pulak. Jujur, aku memang bukan jenis manusia yang suka study awal. Tak kira la exam sebesar mana pon. PMR okay lg, SPM aku hanyut sangat. Dan STPM bangkit balik. Tu semua salah sendiri. Panggil la pakar motivasi mana pon, diorang akan suruh student ni buat jadual belajar. Yes aku buat, tapi tak ikut langsung. That's why at the end, aku sangatlah kalut study last minute. Norma.



Moral of the story, give your 99.99% of your commitment and be serious when you are doing something.







p/s : Macam tak kena je entri kali ni. Hmm hentam jelah.

Labels:


Lari.
Monday, February 3, 2014 February 03, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Biar.
Kalau diam ni mampu buat kita berdua tenang,
Biarkan.





Labels: ,


Insiden balik cuti sem.
Tuesday, January 14, 2014 January 14, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.



Harini hari ketiga aku berada di rumahku syurgaku, well takde kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya aku kat rumah, dikelilingi keluarga yang tercinta. Cewahhh. Actually aku nak cerita dan kongsi pengalaman ngeri aku masa nak balik Pahang dari Kedah.



Petang Ahad, lepas habis exam aku terus aku ke terminal changlun untuk tunggu bas. My bus supposed to be on 7pm, aku sampai dalam pukul 6pm gitu. So sementara sejam menunggu bas tu aku duduk jela sambil online dan tengok orang sekeliling. Duduk punya duduk jam kat phone aku dah menunjukkan pukul 8pm. Aku cool lagi. Orang yang baru sampai terus naik bas, aku yang dah 2 jam terpacak kat situ bas tak sampai sampai lagi.



Dalam pukul 8.15pm aku dah mula tak cool, aku tanya akak kat kaunter tiket changlun tu, dia cakap bas ******** ke Pahang pukul 8.30pm. So aku pon tunggu la lagi. Tak lama lepas tu phone aku berdering, aku pon angkat la dan kedengaran suara perempuan di hujung talian.



Dikk, adik yang seat nombor 6 bas ******** balik pahang tu kan? Kenapa tak naik bas tadi. Sekarang bas dah sampai alor setar, adik boleh datang sini tak? Driver tengah mandi. Apa-apa hal adik tanya kat kaunter adik beli tiket tu.



Perghh, gila cuak tak cuak aku. Rasa macam nak nangis kat situ jugak. Tak pernah perkara sebegini jadi kat aku, dan aku tak pernah handle seorang diri. Aku pon bergegas ke kaunter tiket kat changlun tu. Ohh untuk pengetahuan, yang call aku tadi akak jaga tiket kat kaunter alor setar. Akak tu call orang kat alor setar, dia pot pet pot pet then letak.



Adikk, kenapa tak naik bas tadi? Sekarang bas tu kat alor setar. Dah nak gerak pon. Kalau adik nak tumpang bas lain ke alor setar, tak sempat dah. Memang tak sempat. Melainkan adik naik teksi ke Sungai Petani, sebab bas akan ambik penumpang kat situ, dalam pukul 10.30pm bas akan gerak. So adik kena sampai sana sebelum 10.30pm.



Aku dengan gelabahnya terus ke hentian teksi, masa tu dalam dua tiga minit sebelum pukul 9. Aku dah cerita dari A sampai Z ke  pakcik teksi tu dan dia setuju nak hantar. Bayarannya RM130. Terkejut. Kenapa mahal sangat camtu, tapi dalam keadaan panik aku bayarkan aje. Pakcik tu bawak memang laju. Dan dipendekkan cerita, aku sampai ke terminal bas Sungai Petani pukul 10.15pm.



Terus ke kaunter ******** kat situ, bersyukur sangat sebab bas tak sampai lagi. Aku tunggu dalam 15 minit baru bas sampai. Tapi honestly, sangat menakutkan bila seorang diri kat terminal Sungai Petani tu. Penuhhhh dengan pendatang asing ! Dengan ulat tiketnya kejar kita, semua mata memandang. Tuhan je tahu betapa aku takut masa tu.



Okay, now sampai ke part yang serius. The reason kenapa aku terlepas bas. FIRST, akak yang kat kaunter tiket changlun tu cakap bas aku ******** dua tingkat, yang datang bas ******** setingkat dan tulis KL-JB. So aku tak naik.



SECOND, bas tu masuk changlun sekejap je. Rupanya dari changlun penumpang hanya 4 orang ! Dan kenapa masa kat changlun tu taknak chenck penumpang terkurang? Kenapa bila sampai alor setar baru nak call?



THIRD. biasanya bila ade bas yang masuk orang yang jaga tiket tu akan menjerit sebut nama bas dan lokasi kemana. Tapi dalam kes aku ni takde ! Bas dah la masuk sekejap je.



FORTH, aku dah rasa aku terlalu lama menunggu. So aku tanya akak tiket tu. Dan dia cakap bas ******** ke pahang pukul 8.30pm. Padahal, bas tu dah sampai ke alor setar pon dia taktau. Orang lain pulak yang call aku maklumkan aku ni tertinggal bas.







Sekian.



p/s : Bersyukur sangat ade kak angkat yang ambik berat. Sepanjang perjalanan dalam teksi tu aku duk whatsapp dengan dia. Dia duduk kepala batas, lebih kurang setengah jam nak ke sungai petani. So dia cakap kalau aku tak sempat ligan bas, dia akan bawak aku tidur rumah dia dulu. Dan sepanjang perjalanan tu jugak dia tak henti henti tanya lokasi aku. Thanks kaknik ! One day aku akan ke rumah dia, nak jumpa anak-anak dia yang dah besar dan comel tu.

Labels: