Syifa
Secrets...
Sunday, July 6, 2014 July 06, 2014 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera,




The Good Vibe - Inspirational Picture Quotes



Kalau soalan macam ni ditanya kat engkorang, agaknya engkorang jujur ke tidak? Aku yakin dengan seyakinnya bahawa setiap dari kita ni pernah pecahkan rahsia sama ada dengan SENGAJA atau TAK SENGAJA. Well kalau tak sengaja tu masih boleh dimaafkan, yelah mulut manusia ni kalau diberi bercakap memang takde hentinya. Tapi menjadi masalahnya bila kau dengan sengaja pecahkan rahsia yang diamanahkan. Menyimpan rahsia itu perlu konsisten. Bukan harini simpan, esok tahan, tapi lusa dah mula cerita kat orang lain sedikit demi sedikit hingga perkara tersebut bukan rahsia lagi.



Bila tak konsisten......



A : Blaa blaa blaaa. Engko janji pegang rahsia ni sampai bila-bila. Jangan bagitau sesiapa pon okay.
B : Kita kan bff, rahsia engko rahsia aku dan aku akan simpan kemas.



Keesokan harinya.....



B : Weyhh, engko nak tahu satu rahsia tak pasal A? Tapi jangan bagitahu orang lain sebab ni adalah rahsia.
C : Apa? Okay janji pecat diperut je. Takkan engko tak percaya aku.



Dan begitulah seterusnya. Akhirnya rahsia bukan lagi rahsia, malah dari sehari ke sehari semakin ramai yang tahu rahsia kita. Jadi kesimpulannya aku nak bagi pesanan penaja kat pemberi dan juga penerima rahsia. Pesanan penaja ni free je jangan risau.



Kepada si pemberi rahsia : Yee, kenkadang tak semua masalah kita boleh tanggung sensorang. Ada masa nak diluahkan... Cari la kawan engko yang palinggggg jujur, amanah dan yg engko percaya. Paling tidak, keluarga. Aku yakin keluarga contohnya mak ayah akan pegang rahsia engko tu dgn baik dan support engko dari belakang. Kalau rahsia yang manusia tak boleh simpa, engko mengadu la kat Tuhan, nescaya Tuhan sebaik-baik penyimpan rahsia. Dia takkan bukak aib engko...


Kepada si penerima rahsia : Once engko dipercayai, jangan hancurkan kepercayaan orang terhadap diri engko. 


Dah... Tu je nak bebel. Baiii.


Labels: