Syifa
Mencari ketenangan di pantai :)
Sunday, March 4, 2012 March 04, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


K, jangan tanya kenapa lama aku tak update. Tak berapa semangat nak hadap blog sebab dulu kat sini tempat aku kongsi cerita tentang aku dan dia. Tapi sekarang semuanya dah berakhir kan ? Dah taknak cakap pasal ni. Aku kuat, aku dah okay !


Minggu lepas aku follow abah bawak anak buah dia bercuti kat Rompin. Malas ah nak tulis panjang lebar. Aku tahu korang bukan baca pon kan. So biar gambar yang berbicara. Most of gambar yang aku tempek nanti of course ade muka aku. Sila muntah hijau !



Dari pukul 5 petang sampai 10 malam duduk dalam kereta. Memang kebas la kan. Duduk cari chalet punyalah payah. Tu la, tak book awal-awal lagi. Untuk pengetahuan korang, yang pergi ni bukanlah ramai sangat sampai berbas-bas macam pergi Gambang hari tu. Kali ni tak lebih 30 orang je kot.



Finally jumpa jugak chalet yang sesuai dengan tema kali ni iaitu percutian bajet ! Time ni pon dah gelap gelita so takde chance nak merayap segenap kawasan. 





Lepas dah masuk bilik kitorang salin baju and turun bbq dekat pantai depan chalet ni. Okay, aku cakap salin baju sebab memang tak sempat nak mandi tau. Bbq pukul 11 malam. Kau ade ? Haha !







Abah tengok 3 anak bujang ni bakar ayam. Perghh, memang diorang bakar sungguh la. Hangus ! Tengoklah api bapak ah besar.







Bosan tunggu. Event ni habis dalam pukul 1 pagi camtu la. Then balik bilik terpukang atas katil. Esoknya aku dengan abah je turun breakfast. After breakfast pergi round sekitar chalet then main kat pantai. Jangan tanya kenape aku pakai baju yang sama macam malam tadi punya. Sebab aku tertinggal satu baju. Haha :)







Chalet ni penuh dengan flora. Memang terasa nyaman je. View kat sini pon cantik untuk photoshoot ke ape. Ceyy ceyy, aku jadi promoter tak berbayar pulak.










Kan dah cakap banyak gambar aku je. Ahaks ! Takmo marah-marah tau. Lepas habis basah dok bergambar dalam air kitorang balik bilik and mandi-mandi.



Nak check out dah. Sobs sobs, sedih kot. Tapi mak cakap lain kali nak datang lagi. Kitorang check out awal la jugak, dalam pukul 11 sebab nak tengok adik dekat MRSM Muadzam. 



Ni pulak kat jeti, time tengok orang kerja abah mancing. Angin kat sini jangan cakap ah, kuat gilaaa. Tapi syok, rasa tenang je kat pantai. Dah refresh !











Labels: ,