Syifa
Genap setahun.
Friday, February 22, 2013 February 22, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum !




Ye, kadang-kadang bila pikir balik memang rasa kelakar. From strangers become love, from love become strangers. Memang tu jeke putarannya ? It's amazing what a year can do. Yeahh, so true. Dalam setahun je, macam-macam terjadi. Kita tak boleh nak predict what comes after. Mungkin kita boleh rancang, tapi segalanya terserah pada Allah. Dia adalah sebaik-baik perancang.


First time aku jumpa dia, aku tak sangka yang dia akan jadi salah seorang orang terpenting dalam hidup aku. Yela, mase tu masing-masing poyo. Aku pandang muka dia, dia pandang muka aku dengan pandangan yang kosong. Ibaratnya perut tengah kenyang, lepas tu kau tatap sandwich basi. Takde rasa pape kan ? Tak bernafsu ? Haaa, macam tu la perasaannya. 


Dah kenapa sandwich pulak jadi mangsanya ? Ok ok serius.


Tapi lama-kelamaan bila dalam hati dah timbul rasa sayang, masa ni jangan cite la. Berbunga-bunga habaq hang. Kentut pon wangi je, bau ikan siakap masak 3 rasa. Aku pernah rasa yang dialah lelaki terakhir dalam hidup aku, takde orang lain dah. Mungkin sebab aku terlalu yakin, Allah tunjukkan kuasanya. Dah tak kemane hubungan tu. Sobs sobs. Tapi bukan tu aku nak cite.


Sebenarnya bulan 2, cukup setahun aku putus dengan Gegar. Setahun ! Alhamdulillah, I'm fully recovered. Dulu kan aku down sangat-sangat lepas clash. Sebab kononnye dia cinta mati aku, paling lama couple dengan aku. Lepas putus dia ade mintak getback, pernah sekali aku terima, tapi dia tak hargai peluang kedua yang aku bagi. Dan maaf, takde peluang ketiga or keempat okay.


Baru ni dia ade contact and tanya sama ada aku sayang dia atau tak. Tipu la kalau tak sayang, tapi 1% je sekarang. Lagi 99% rasa aku terhadap dia dah aku campak jauh-jauh. Setahun berlalu, waktu yang panjang untuk aku pulihkan semula keadaan, cari semangat yang hilang. Alhamdulillah, tak sia-sia.


Kini aku bangkit, mebuktikan yang ku tak sakit. Haha, Najwa Letih.


Tak hairanlah setahun macam-macam boleh berlaku. Sebab setahun ade 365 hari, 12 bulan. Sehari ade 24 jam. Sejam ade 60 minit. Seminit ade 60 saat. Terlalu panjang waktu untuk aku mengandaikan apa yang akan berlaku. No wonderlah !


p/s : Hati aku dah letih mencintai dan terluka. 

p/s : Single means happy !

Labels: ,


Rombongan melawat mak mertua.
Thursday, February 14, 2013 February 14, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Sorry encik blog, diri ini mendusta janji lagi. Konon nak kerap dan rajin update blog. Boleh jalan la dengan janji palsu serta ayat manis tu.


Baru ni, aku tak ingat hari ape but still in this week, aku hangout dengan Ika, Buya and Nizam. Actually, kitorang tak rancang beria sangat pon. Malam tu Ika text ajak keluar but not sure. Pagi buta pulak aku dikejutkan oleh mak, aku ingat mak nak ajak hantar adik balik hostel, aku cakap la taknak gi. Pastu mak goyang-goyang pintu, dia cakap Buya tunggu kat luar. Baru aku teringat tentang plan nak keluar tu. Dengan muke sememeh aku keluar jumpa Buya, Buya cakap Ika dah puas call aku. Sumpah tak sedar. Ade 11 miss calls. Hehe.


Si Buya balik dulu ambik kereta then baru jemput aku semula. Time nak keluar tu hujan tiba-tiba mencurah dengan lebatnya. Mujur ade abah yang prihatin, tolong payungkan aku sampai kat kereta Buya. Then ke Durian Tawar jemput Ika dengan Nizam. Lepas tu Buya tanye nak ke Mentakab ke Bahau, Ika pilih Bahau sebab Mentakab dah selalu pergi. Lebih kurang sejam dua jugak la nak sampai Bahau tu.


Buya pulak dapat idea nak bawak Ika jumpa mak dia kat Gemencheh, Buya cakap dalam setengah jam je dari Bahau. So kitorang decide gi rumah Buya dulu, makan kat sane then baru lepak Bahau. Sepanjang perjalanan nak ke Gemencheh tu, mulut Ika pot pet pot pet. Maklumlah nak jumpe bakal mak mertua. Dia punye excitement tu lebih sikit la.


Sampai ruah Buya dah petang, ngam ngam sesuai untuk lunch. So kitorang lunch dulu, adik Buya yang cantik masakkan. Lepas tu lepak-lepak buat macam rumah sendiri. Aku paling over ngadap tv. Haha. Lepas Buya habis urusan dengan mak dia, kitorang pon berangkat balik. Singgah Bahau just jalan-jalan kat Kiara je. Dalam pukul 6 lebih balik, sempat singgah gerai sup kambing. Tapi aku order sup ayam sebab aku tak makan kambing. Dalam pukul 8.30 malam, sampai rumah.


Dekat bandar Buya suruh Ika drive sebab Buya takde lesen. Ika pulak baru je dapat lesen, masih kekok. Nak-nak lagi bawak Storm auto. Bapak bisingnya makcik ni. Nyaris masuk longkang. Dia bawak jangan cerita la, 40 km/j, muka pulak betul-betul rapat kat stereng. Ika Ika.


Bergambar dengan adik Buya yang kecik, Kema. Mula-mula tak masuk kepala lagi. Nak dekat balik baru la dia join kitorang, Introduce semua bear dia, siap ade name lagi. Dina, Dini, Dila, ape entah lagi. Tak cukup dengan tu, dia uji kitorang dengan bukak Astro Tutor tv. Suruh jawab soalan UPSR, PMR, SPM. Haha !


Dekat Kiara Buya beli jajan, aku dengan Nizam je makan kat belakang.  Orang bercinta kat depan mane nampak makanan hoii. Untung aku dengan Nizam, kenyang perut suka hati.


Bukan nak cakap ape, sup ayam ni memang terbaik. Buya dengan Nizam makan sup kambing, double terbaik agaknye. Licin je mangkuk masing-masing. Aku punyalah nak tunjuk gah, letak sambal kicap banyak-banyak. Pastu ngadu kat budak ni, kenapa tak pedas. Rupanya effect dia lambat. Dalam kereta aku sakit perut.


Sama kecik, sama padan. Doakan korang kekal weyhh. Nak gi jenjalan jangan lupa ajak aku lagi.


Penat, but we enjoy it !





Labels:


Cantik bukan tiket bahagia.
Friday, February 1, 2013 February 01, 2013 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum.


Mendung di awan tidak selamanya,
mungkin sebentar lagi cerahkan menjelma,
begitu juga kesedihan bukan selamanya.




Segalanya yang ada atas muka bumi ini tidak selamanya, begitu juga dengan diri kita. Nyawa hanyalah pinjaman dari Allah. Jadi ingatlah, kita tidak selamanya diatas atau dibawah, kita tidak selamanya ketawa atau menangis. Kerana bumi ini bulat. What goes around comes around. Hanya kerana hari ni kita bersedih, jangan terus down, bangun ! Kalau hari ni dia tinggalkan kita, takpe. Bersyukur sebab Allah nak temukan kita dengan orang yang lebih baik.


Yang patah akan tumbuh hilangkan berganti,
yang pergi biar pergi tak guna diingati.


Untuk kawan aku yang tersayang,


Sungguh aku sedih saat berita itu kau sampaikan. Aku tahu, kau betul-betul sayang dia. Dan aku tak sangka, kenapa tergamak dia tinggalkan kau dengan cara yang kejam. Bagi aku, kau takde kurangnya. Sebab perempuan yang datangnya entah dari mana tu, hubungan korang terputus. Sebab perempuan yang dia baru kenal seminggu dua, dia lepaskan kau yang hampir setahun dia kenal ! 


Aku marah ? Memang aku marah, sakit hati, geram, kesal dan semuanyalah. Sejak akhir-akhir ni kau selalu cerita yang dia makin baik, makin pedulikan kau, takde hilang macam dulu, selalu ajak kau keluar, everythings seem to be fine. Aku tumpang gembira bagi pihak kau. Aku tahu kau dah banyak berkorban perasaan selama ni, dia selalu marah kau tapi kau tetap sabar. Dia selalu hilang tapi kau tetap tunggu. Jadi kau berhak bahagia dengan dia.


Rupanya, dia buat baik tu saja untuk mengaburi mata kau. Nak tutup rahsia dia. Ternyata, dia curang belakang kau. Aku faham kalau kau menangis, aku faham kalau kau sedih. Tapi tolong, demi aku, jangan putus asa. Kita dah macam adik beradik, sakit kau sakit aku jugak. Kita sama, ditinggalkan kerana orang ketiga. Masa aku jatuh, kau, Ika dan Gra yang naikkan semangat aku semula. Aku janji, kali ni aku bantu kau.


Kau cantik, pandai make up, tak macam aku. Sebab tu dia tinggalkan aku. Kadang-kadang aku malu dengan korang, aku tak pandai bergaya.


Jatuh airmata aku baca mesej dari kau. Tiba-tiba aku benci lelaki tu, sebab dia kau jadi macam ni. Cantik ke tak bukan tiket bahagia sayang. One day, akan ade lelaki yang terima kau seadanya. Trust me. Setiap orang ade kelebihan, begitu jugak kelemahan. Kau pandai masak, rajin, pandai menjahit, suka berkebun, mengasuh budak, aku rasa dah cukup pakej sebagai seorang perempuan. Jangan putus asa, perjalanan kita jauh lagi. Belajar dulu, aku sentiasa ade dengan kau walaupun dia tinggalkan kau. Itu janji aku !










Labels: