Syifa
Terima kasih sahabat.
Wednesday, January 28, 2015 January 28, 2015 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum..
Aku.. bukanlah kawan yang "sangat" baik. Tapi aku janji setiap kesusahan kau takkan tempuh sendiri. Aku cuba tolong setakat mana yang mampu. Kalau bukan menghulur tangan, aku pinjamkan telinga untuk dengar masalah kau, bahu aku ada kalau kau rasa nak menangis.
Terima kasih untuk selama ini. Segala memori akan aku kenang sampai mati. Harap persahabatan kita utuh dan kekal ke akhir hayat. Terima kasih sekali lagi kerana sudi bersahabat dengan aku..
Lots of Love,
Syifa ❤

Labels: ,


Sebelum..
Saturday, November 29, 2014 November 29, 2014 | 0 Comment(s)

Sebelum aku kenal yang lain, aku kenal mereka dulu..
Sebelum kita mula rapat, mereka dulu disisi aku..
Kalau aku diberi pen dan kertas untuk menulis isi hati aku mengenai persahabatan kita, jujur aku tak mampu..
Sebab perasaan di dalam hati ni tak mampu diekspreskan dalam bentuk ayat..
Sungguh, korang memang sahabat yang paling PERFECT pernah aku jumpa. Bagaimana aku masih boleh rasa rapatnya kita walau kita tak lagi duduk semeja, makan dan tidur bersama, menghabiskan masa pagi petang siang malam..
Hakikatnya aku sedih bila kita mula berpisah.. seingat aku tahun 2008, masa kita form 4. Semua bawa haluan masing-masing.. dan aku terpaksa berpindah ikut family. Itu adalah titik tolak kita semakin menjauh..
Sekarang siapa sangka media sosial mengeratkan kita kembali. Lebih erat walaupun tak bersua muka. Walaupun kita hanya jumpa setahun sekali. Ahh betapa aku rindu waktu itu. Korang memang sahabat yang paling best dan gempak pernah aku jumpa.. tak pernah tak senyum bila keluar dengan korang.

Labels: ,


Joging.
Thursday, June 6, 2013 June 06, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.




Bismillah.



Terketar-ketar tangan nak menaip new entry ni since dah seminggu dua tinggalkan blog. Nak kata busy tu taklah sangat, nak kata tak buat apa-apa langsung pon idokk jugak. Yang utamanya aku takde idea nak menulis. Tapi still active kat Facebook and Twitter.



In shaa Allah nak aktif kat Blog balik, with upcoming fresh entry !



Seriously dah gemuk sekarang.



Tengok pipi tu :(




p/s : Nak joging lagi. Dengan ika, buya, ogy.

Labels: ,


Orang kecil.
Sunday, July 8, 2012 July 08, 2012 | 0 Comment(s)

Aku manusia. Tak lepas dari kesilapan. Kadang aku terlebih menilai seseorang sampaikan perasaan tu bawak aku jauh dari dia. Kami yang dulunya sahabat, akhirnya masing-masing bawak diri. Duduk dalam satu kelas, tapi jiwa masing-masing jauh. Mungkin ada dua tiga orang yang masih rapat dengan aku, tapi kemesraan tu tak same macam dulu. Goshhh, I really miss our sweet time <3








Time ni kami bahagia. Takde anasir jahat yang mengganggu hubungan kami semua. Tapi masuk je tahun 2012, ade insiden yang kurang baik. Satu-satu cerita diputarbelitkan, normal. Bila timbul perasaan tak puas hati dalam diri, itu yang menyebabkan masing-masing tarik muka. Sampai ade yang tak bertegur. Sumpah sedih. I can't fixed it back.


Tadi aku dah buat keputusan and update satu status kat Facebook yang mengubah kembali hubungan kami. Menjernihkan kekeruhan yang sedia ade. Alhamdulillah, takdelah keras mane hati masing-masing. Masih ade kemaafan yang diberi. InsyaAllah, hubungan yang baru pulih ni akan terus berkembang jadi seperti sedia kala. Gelak tawa yang keluar nanti adalah ikhlas, bukan pura-pura lagi.


Labels: ,


Saya sayangkan persahabatan ini.
Monday, June 4, 2012 June 04, 2012 | 0 Comment(s)

Setiap orang perlukan kawan, teman, geng, orang-orang yang boleh berhubung. Tapi apakah itu kawan ? Teman warung kopi, geng-geng seperjuangan , member lepak-lepak, rakan-rakan sekolah atau kawan-kawan yang bersama kita semasa kita kecil. Takde prejudis, takde perbezaan, takde pertandingan, takde persaingan. Sehingga suatu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. 


Takde hal, sekarang ni setakat nak buat kawan memang cepat, senang dan pantas. Tak payah keluar rumah. Hanya gerakkan mouse dan keletak keletuk je keyboard. Boleh suka benda yang sama, tak suka pon takpe. Kenal tak kenal belakang cerita. Risiko kita tanggung sendiri, kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tak terduga.







Labels: ,