Syifa
Maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan awak.
Saturday, April 28, 2012 April 28, 2012 | 2 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello peeps !





Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan 5. Dah hampir setengah tahun pun. Rasa macam tak percaya, masa tu cepat berlalu. Aku rasa 2 bulan aku habiskan masa dengan menangis je. Taktau kenapa airmata aku macam murah sangat, senang mengalir dengan tiba-tiba. Ya Allah, aku mohon Kau tabahkan hati hambaMu ini.


Less than 6 months, aku akan menduduki peperiksaan terbesar and terpenting dalam hidup. Peluang terakhir untuk buktikan dekat ma abah yang aku pun boleh berjaya. Takut, gementar, gusar, gelisah semua ade. Seems like aku belum bersedia nak hadapi STPM ! Tiap kali dengar ma bagi kata-kata semangat aku mesti nangis. Takut kalau kali ni aku hampakan ma abah lagi.


2012 is a tough year for me. Last year tahun yang menggembirakan aku sebab genap setahun bersama dia. Then awal tahun ni kitorang clash. Tuhan je tahu perasaan ni. Dah nak dekat 3 bulan dia jadi milik orang lain. Its hard to let him go. Dah macam-macam cara aku buat supaya hati ni ikhlas dan redha dapat lepaskan dia. Tapi aku tak boleh ! Aku gagal !


Sekarang, aku hanya buat dia dan makwe dia bergaduh. Jahatkan aku ? Dia jugak ade suruh aku hentikan cerita and buruk-burukkan dia dekat blog. Sumpah takde niat nak burukkan dia. Aku taktau nak luahkan isi hati ni dekat siapa lagi. Blog peneman time aku sedih. Aku tak kesah kalau takde orang baca cerita sampah aku ni, at least bila aku dah luahkan hati aku rasa lega sikit.


Maaf, saya tak dapat tunaikan permintaan awak yang satu tu. Saya tetap akan menulis dan meluah perasaan saya ni dekat blog. Maaf kalau awak tak suka. Maaf kalau awak benci. Maaf untuk segala-galanya. Maaf tak dapat puaskan hati semua orang. Maaf lukakan hati awak sebelum ni. Maaf ganggu hubungan awak dengan dia. Maaf saya tak sesempurna yang awak harapkan. Maaf, saya teruk :'(

Nota kaki : Menangis ! 



Labels:


Dulu kita rapat macam belangkas, sekarang we are strangers.
Sunday, April 22, 2012 April 22, 2012 | 0 Comment(s)





Kita kenal, kita kawan, kita berhubung dan akhirnya kita jatuh cinta. Saya harapkan hubungan kita berpanjangan sebab rasa sayang saya kat awak tiada tandingan. Saya sanggup singkirkan cinta yang lain, sebab dalam hati saya hanya ada satu tempat, iaitu awakk. Saya terharu saat awak melamar saya, airmata saya menitik melihat keikhlasan dan kesungguhan awak terhadap hubungan kita. Tapi saya lupa yang saya hanya mampu merancang.


Tak sangkakan, sekarang kita makin menjauh, menjarak. tak lagi berhubung dan tak lagi berkawan. Awak dan saya seolah-olah dua manusia yang tak pernah kenal satu sama lain. Pelik rasanya bila terpaksa berlagak biasa depan awak. Kelakar rasanya bila berpura-pura takde apa-apa yang berlaku. When I read our conversation before, I realised how closed we are. Then, why this happen ?


Mudahnya awak melupakan semua ni. Awak buang kenangan setahun lebih kita bersama. Awak biarkan saya sorang diri yang kebingungan mencari apa salah saya selama ni. Besar sangat ke salah saya awak ? Sampai takde ruang lagi saya dalam hati awak. Takkan awak buang saya macam tu je. 


Mungkin ada hikmahnya kan ? 



Bersyukur kepada orang yang menyakitimu, kerana dialah yang menabahkan hatimu. Terima kasih awak :')


Labels:


Kalau awak tahu sakitnya ditinggalkan, awak takkan tinggalkan saya :')
Tuesday, April 17, 2012 April 17, 2012 | 0 Comment(s)

Sekarang, saya lebih senang melihat awak dari jauh. 
Lihat awak tersenyum dan ketawa, saya tahu awak sedang berbahagia. 
Awak bahagia di samping dia. Ouhh, itu bagus. 
At least saya tahu yang awak boleh hidup tanpa saya.
Walaupun dulu awak cakap yang awak rela mati dari kehilangan saya.
Haha, bodohkan saya percaya semua tu ?


Lelaki, semua sweet talker. Suka tanam tebu tepi bibir. 
Manis pada mulanye saja.
Tak boleh ke just stick around with one girl only ?
Awak dah janji nak sehidup semati dengan saya, means dengan saya jela !


Sebelum saya sayang awak, awak buat macam-macam untuk buktikan rasa sayang awak tu.
Sanggup redah lautan api, panjat gunung yang tinggi * kononnye *
Hati perempuan ni mudah cair.
Bila saya dah percaya awak, saya mula sayangkan awak sepenuh hati.
Okayy, tu salah saya yang pertama. Terlalu percayakan awak.


Setahun lebih kita layari perasaan bersama. 
Suka, duka, ketawa dan tangisan tu perkara biasa.
Awak janji yang saya perempuan terakhir dalam hidup awak.
Awak takkan tinggalkan saya walau apa pun yang terjadi.
Saya terharu tiap kali awak cakap camtu.


Terlalu banyak perkara yang cuba mengganggu hubungan kita.
Dan beberapa kali jugak kita perang besar.
Tapi awak mengalah, awak pujuk saya everytime saya merajuk.
Saya rindu saat tu, saya harap awak tahu :'(


Wake up Syifaa ! Tolong bangun dari mimpi.
Awak bukan saya punya lagi.
Sekelip mata je saya hilang awak.
Sampai sekarang saya masih kabur, apa punca perpisahan kita.


Bangun dari tidur je saya tengok mata saya bengkak.
Apa yang berlaku malam tu ?
Apa yang awak cakap tu betul ke dari hati awak ?
Betul awak tak sayangkan saya lagi ?
Habis setahun yang kita lalui tu hanya sia-sia je kan ?


Macam tak percaya, tapi tu hakikat yang saya perlu telan.
Dalam sekelip mata orang yang saya paling cinta pergi.
Saya sedar yang takde guna saya merayu lagi.
Awak sendiri cakap yang sayang awak kat saya tak sama macam dulu.
Awak tau betapa sakitnya hati saya dengar awak cakap camtu ?


Sebab tu saya ambil keputusan lepaskan awak.
Buat apa saya tahan pemergian awak.
Dan sehari lepas saya buang relation kita kat facebook, awak declare married dengan someone.
Cepatnya awak jumpa pengganti. Thanks awak :')








Labels:


Cinta dan airmata.
Thursday, April 12, 2012 April 12, 2012 | 2 Comment(s)

Cinta itu indah namun ada pahitnya. Kadang cinta si dia mampu buat kita terasa seperti di awangan. Namun, lumrah alam menetapkan panas tidak semestinya sampai ke petang. Begitu juga dalam percintaan, bahagia bukan sepanjang masa. Ada kala perselisihan faham, pergaduhan, cemburu dan sebagainya membuatkan sesebuah perhubungan itu huru-hara.


Tipu la kalau nak cakap kau bahagia all the time kan ? Hidup ade pasang surutnya dan atas bawahnya. Bergantung atas individu atau pasangan tersebut untuk react bila sesuatu yang buruk melanda hubungan mereka contohnye nak cool kentang, tiba-tiba jadi hulk atau buat muka tak bersalah je bila pasangan korang keluar dengan orang lain. Contohnye lah -,-




Walau perit manapun kisah cinta kita, jangan pernah sesekali membenci cinta. Sebab kita sendiri datangnya dari rasa cinta dua orang manusia yang berlainan jantina iaitu mak ayah kita. Seperti yang aku selalu pesan sebelum ni, jangan terlalu genggam cinta tu. Let it moves freely. Cinta tu bebas sebenarnya.


Cinta biasanya hadir bersama keindahan dan juga kesedihan. Hakikat yang kita tak boleh tolak, cinta dan airmata dah macam adik beradik. Saat kita menangis bukan bermaksud tu pengakhiran sebuah kisah cinta. Anggap ianya sebagai satu ujian dari Allah. Kalau kita sabar, insyaAllah kesabaran kita akan terbalas dengan sesuatu yang kita tak terduga.




Bercintalah bila kau dah bersedia, bukan kerana kau kesunyian :)


Kbye !

Labels:


Miracles.
Friday, April 6, 2012 April 06, 2012 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum. Hello bloggers :)


Lately, rasa malas nak update makin mengade-ngade. Banyak kali tekan new post then delete balek sebab takde ayat. Seriously dah hampir 19 tahun hidup, nak bina ayat memang lemah. Ni bukan takat makan semut, agaknye dah termakan gajah kot. Tu yang bengap semacam je. Hakhakhak.


Esok bersamaan hari Sabtu aku akan menghadiri kem Puteri Islam. Not as a contestant tapi sebagai akak fasilitator. Aww, terase tua diri ni. Selaku fasi, kebanyakan acara memang kitorang yang kena aturkan. Rasanya ni last kot aku join kem sebab lepas ni nak fokus on study. Malas dah nak kejar sijil, cukup setakat yang ade tu je. Walau ape pon, akademik masih penting.


Ni tahun terakhir aku sekolah, ape keputusan yang keluar tahun depan terpakselah terima. Bergantung atas diri sendiri jugak. The more you give, the more you will be gained right ? Nak mengharapkan keajaiban semata-mata tu agak mustahilkan ?


Labels: