Syifa
Penganggur.
Friday, April 26, 2013 April 26, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Lately, aku semakin bosan bila online facebook and twitter mesti ade manusia yg tanya "tak keje ke?". Taktau kenapa aku rasa bosan je nak jawab soalan tu. Yes, memang aku tak kerja. Sekarang ni aku jadi penganggur terhormat lagi dikasihi kat rumah ni.


Bukannya aku takde langsung keinginan nak kerja, nak rasa gaji hasil titik peluh sendiri, tipu la kalau sekelumit pon rasa tu tiada. Tapi aku duduk rumah ni pon bersebab. Sebab aku kesiankan mak aku. Dia bukan fully housewife, she is a worker too. So lunch hour dia cuma sejam. Selama ni bila aku sekolah dia selalu terkejar-kejar time lunch hour tu. Balik nak masak lagi, mana sempat berehat.


So lepas aku habis sekolah ni, berbekalkan cuti yang sangat sangat sangat panjang, aku ambil keputusan untuk tolong mak, ringankan beban dia. Mak pon cakap dia memang taknak balik lunch hour, sebab kesian kat abah kena pick up dia. Pejabat abah dah la jauh, asyik ulang alik je, makan masa.


Maknanya, tugas aku kat rumah ialah memasak untuk adik-adik. Tu je la rutin harian aku sampai bulan 9 ni. InsyaAllah bulan 6 mungkin result upu keluar, dan aku akan sambung degree bulan 9. Ade jugak suara-suara sumbang yang cakap "elehhh, duduk rumah kerja membesarkan badan la tu" "nape tak kerja, taknak merasa pegang duit banyak ke" dan banyak lagi la soalan persis begitu. Aku taktau tu soalan atau perli semata-mata.


Normally, bila dah start kerja, dah merasa gaji sendiri, kita rasa seronok tahap tenuk kan ? So serba sedikit akan buat kita malas nak futher study. Aku bukan cakap kosong, tapi berdasarkan kajian. Lagipon aku nak spend time dengan family, sebelum terbang ke tempat orang. Bagi aku, saat paling indah bila bersama dengan keluarga tercinta :)





p/s : malu nak upload gambar masakan aku.
p/s : best tak kerja, sebab anytime free nak keluar dengan kengkawan !

Labels: ,


Tanggungjawab suami, isteri dan bersama.
Friday, April 19, 2013 April 19, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Tetiba rasa terpanggil untuk share apa yang aku faham tentang tanggungjawab seorang suami kepada isteri begitu juga sebaliknya, serta tanggungjawab bersama. Mungkin aku masih muda, masih mentah, orang cakap setahun jagung kalau nak bicarakan pasal kawin ni. Tapi tak salah berkongsi sesuatu yang baik right ? Moga jadi panduan untuk aku dimasa akan datang. Hikk.


 Tanggungjawab suami.


 Memberi nafkah zahir dan batin. Jangan sesekali abaikan.

 Menyediakan keperluan asas kepada isteri dan anak-anak. Ikut kemampuan !

 Mendidik isteri dan anak-anak.

 Mencurahkan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak.

 Mewujudkan pergaulan yang baik dalam keluarga.

 Memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak.

 Adil jika berpoligami.


 Tanggungjawab isteri.


 Mentaati suami selagi tak bercanggah dengan Islam.

 Menjaga maruah diri dan suami.

 Menjaga kebersihan diri, anak-anak serta rumah.

 Membantu meringankan beban suami.

 Hiburkan suami.

 Jangan meninggalkan rumah tanpa izin suami.


 Tanggungjawab bersama.


 Berusaha mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.

 Memberi pendidikan kepada anak-anak. Terutama pendidikan agama.

 Memberi kasih sayang kepada anak-anak.

 Membina ikatan kekeluargaan yang baik bagi kedua-dua belah pihak.

 Sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga.



Itulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan, maklumlah setahun jagung katakan. Sebenarnya asas kebahagiaan sesebuah institusi kekeluargaan tu bila mana si suami dan isteri tahu tanggungjawab masing-masing, faham dan akur serta laksanakannya bersama-sama. Nak bahagia bukan senang, tapi tak juga susah kalau suami isteri saling bertolak ansur dan memahami satu sama lain. Paling penting, sentiasa sayang pasangan kita dari sehari ke sehari, setia, dan percaya. InsyaAllah rumahtangga bahagia.



p/s : Tips kekalkan keharmonian rumahtangga dari budak yang baru masuk umur 20-an. Hikk.




Labels:


Segala yang aku buat bersebab.
Monday, April 15, 2013 April 15, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Bila aku terlampau jaga dia,
aku takut nanti dia tak selesa.
Yela, tengah buat ape,
nak ke mana,
dengan siapa,
balik pukul berapa
dan semua yang dia buat aku nak tau.
Rimas kan ?
Tapi dia mungkin tak faham kenape aku buat macam tu.


With one reason,
I really really loves you.
I'm worried if anything happen to you.
Aku risaukan dia.
Thats why aku mintak dia beritahu aku setiap perkara yang dia lakukan.
Dengan cara tu, aku rasa lebih dekat dengan dia sebenarnya.


Bukan niat nak menyekat,
jauh sekali nak mengongkong kebebasan dia.
Aku cuma nak tau,
sebab aku sayang.....






p/s : Rindu.

Labels: ,


Happy Monthversary :)
Thursday, April 11, 2013 April 11, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


Harini, genap sebulan aku dengan dia.
Sebulan memang tak lama.
Masih baru lagi dengan dia.
Banyak lagi perkara tentang dia yang aku taktau.
Begitu juga sebaliknya.


Sebulan bukan tempoh yang aku boleh megah-megahkan.
Dan aku harap ianya akan berkekalan.
Taknak terputus di tengah jalan.
Macam sebelum ni.
Setahun yang sia-sia.


Biarlah kali ni menemui jalannya.
Jalan yang akan menyatukan kita berdua, InsyaAllah.
Kita hanya mampu merancang.
Berdoalah agar dipermudahkan segalanya.
Amin.






p/s : Rasa nak buat sequence dari mula-mula kenal sampai sekarang. Let me think first.
p/s : Ingatkan dia tak ingat pasal harini, last sekali dia dulu yang cakap genap sebulan. Aku pulak yang lupa.
p/s : Sayang dia :)
p/s : Sorry terlalu banyak p/s.

Labels: ,


Cinta itu misteri.
Friday, April 5, 2013 April 05, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.






Sekiranya kita dapati diri kita menyintai seseorang yang tak membalas cinta kita, jangan merasa tersisih.
Tiada salahnya menyintai, kerana cinta tak memilih untuk singgah di hati sesiapa.


Sekiranya kita dicintai oleh seseorang yang tak kita cintai, anggaplah itu suatu penghormatan.
Jadi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.
Jangan mengambil kesempatan dan janganlah pula melukakan.


Sekiranya kita bercinta dengan orang yang begitu menyayangi diri kita, dan tiba-tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan.
Relakanlah cinta itu pergi.
Kerana setiap yang berlaku ade maksud tersembunyi.
Dan kita akan menyedarinya apabila masa silih berganti.


Ingatlah, jangan terlalu memilih cinta.
Kerana cinta sendiri akan memilih untuk singgah di hati siapa.
Kita perlu menerima kehadiran cinta dengan segala misteri didalamnya.
Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup kita bahagia.


Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri.
Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah dihati kita, walaupun kadangkala ianya menyakitkan.


p/s : I'm in love :)



Labels:


Waktunya akan tiba.
Thursday, April 4, 2013 April 04, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.





Wajahnya sering terbayang di minda.
Minda yang sentiasa tertanya-tanya.
Bertanya pada Ilahi, bilakah waktunya akan tiba.
Tiba untuk menerima lamaran dari si dia.


Tangan ditadah tanda berdoa.
Doaku hanya padamu Ya Allah.
Allah maha mendengar lagi maha berkuasa.
KuasaMu menjadikan aku dari tulang rusuk kiri si dia.


Pemilik rusuk kiriku....siapakah dia ?
Dia yang dipilih Allah, tanpa aku mengetahuinya.
Mengetahui bahawa rupa-rupanya dia.
Dia....yang berada di depan mataku.


Aku tak ragu, juga tak bimbang.
Kerana setiap insan diciptakan untuk hidup berpasangan.
Cuma siapa pasangan kita akan kekal menjadi rahsia Allah.
Sehingga waktunya tiba untuk kita saling melengkapi, dan halal disisi agama :)

Labels:


Konvokesyen Pra-universiti Pahang.
Tuesday, April 2, 2013 April 02, 2013 | 0 Comment(s)

Assalamualaikum.


25.3.2013 (Isnin)


Kami sekeluarga check in kat hotel yang jaraknya lebih kurang 5km saja dari KIPSAS. Ohh ya, konvo pra-u ni diadakan di KIPSAS. Semua calon STPM 2012 yang dapat pointer 2.3 ke atas ditawarkan untuk ke konvo ni, but pergi masing-masing la, bukan under sekolah. Tapi cikgu still uruskan kitorang contohnye ambikkan jubah, kutip duit pendaftaran bla bla bla.


So kami sekeluarga check in kat Sempurna Resort. Actually ni kali kedua kami menginap kat sini. Before this pernah jugak, masa Sempurna ni buat promotion sempena pembukaannya. Penginapan kat sini not bad, tapi tak boleh lawan Gambang. Hikhikhik.


Safely arrived here :)


Lepas lunch terus terjun kolam. Time ni takde orang lagi, time kitorang turun terus berpusu-pusu manusia turun jugak.


Malam tu kitorang keluar g rumah mokde, pastu g makan kat batu 13.



26.3.2013 (Selasa)


Aku bangun seawal pagi, mandi dan bersiap-siap untuk ke dewan KIPSAS. Pendaftaran pukul 7 hingga 8 lebih. Pas masuk untuk penjaga ade satu je, so kami decide mak yang masuk. Abah balik semula ke bilik dengan adik-adik after pendaftaran.


Before mendaftar.


Bersama bff merangkap adikku, Shuada.


Left : Mira, Ika, Gra, Me and Ada.


Classmates. Memang susun ikut ketinggian eh ?


We're from SMK Mengkarak, Bera.


Pengetua SMKM yang kecik molek, tapi berbisa.


Before pulangkah jubah dan melangkah balik, ambik gambar puas-puas dulu.


Tulang belakangku :))


p/s : Gambar dalam dewan takde, sebab istiadat ni tak benarkan mana-mana orang ambik gambar, selain dari photographer yang dilantik.

p/s : Best dapat jumpa member-member masa kat Maran dulu.










Labels: ,