Syifa
Orang yang mencintai kita selalunya.....
Friday, September 30, 2011 September 30, 2011 | 0 Comment(s)

hai


Meski ku rapuh dalam langkah,Kadang tak setia mencintaimu,Namun cinta dalam jiwa,Hanyalah padamu.




Maafkanlah bila hati,Tak sempurna mencintaimu,Dalam dadaku harap hanya,Dirimu yang bertakhta.



Orang yang mencintai kita tidak mampu memberi alasan kenapa dia mencintai kita. Yang dia tahu, di mata dan hatinya, hanya ada kita sorang je.



Orang yang mencintai kita akan menghargai kelebihan yang kita ada dan menerima kekurangan diri kita tanpa mempersoalkannya.



Orang yang mencintai kita akan sentiasa mengingati setiap peristiwa yang dilaluinya bersama kita. Kerana mungkin suatu saat nanti, peristiwa itu tidak akan berulang lagi.



Orang yang mencintai kita akan selalu mengingati setiap perkataan yang keluar dari mulut kita sedangkan kita sendiri lupa. Sebab dia menyematkannya di dalam hati.



Orang yang mencintai kita ingin selalu berada di samping kita dan menghabiskan hari-harinya bersama kita. Kerana dia senang melihat kita selamat di sisinya.



Orang yang mencintai kita mampu melakukan sesuatu yang pelik seperti menelefon kita beratus-ratus kali atau mengejutkan kita ketika kita sedang nyenyak tidur. Ketahuilah bahawa dia sedang merindui kita sebenarnya.







Labels:


Muka tu tak boleh masam lagi ke ?
Tuesday, September 27, 2011 September 27, 2011 | 2 Comment(s)





Petang tadi aku pergi kedai dengan mak abah sebab nak beli baju. Masuk je kedai ni ( maaf, identiti kedai dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu ) terus disajikan dengan muka seorang pekerja dia yang monyok dan masam dan sebagainya lah ! Aku think positive la, mane tau kot-kot muka dia dah macam tu kan ? Berdosa pulak kutuk kejadian Allah yedakk ? Takpe lah tu.



Aku pun meneruskan misi dan visi mencari baju. Nak beli kain sekolah hitam, mak aku panggil la pekerja tu nak tengok saiz. Dengan muka masam dia tunjuk arah belakang. Rupanya kain tu dah ade yang bergantung. Kalau ye pon, cakap la. Ni tunjuk isyarat je. Bangang !



Dia bagi kain tu kat aku. Aku tengok-tengok je sambil tanya mak aku, padan tak ni. Lepas tu dengan angkuh dia cakap '' pergi la test ''. Orait. Aku bawak dua kain yang berlainan saiz. Dah siap tu aku cari mak aku, dan-dan dia tunggu kat tepi. Dia tanya '' nak tak ni ? ''. Aku bagi jela.




Lepas tu mak aku suruh cari baju Pandu Puteri. Dia tunjuk dekat tempat bergantung-gantung tu. Tapi saiz Ya Rabbi, bapok besor ! Aku pun ambik kat tempat lipat tu. Dia pandang tak puas hati je. Lepas tu aku g fitting room. Dah pakai tu rasa tak best pulak.



Aku keluar cari mak dan cakap '' buruk la pakai baju ni, nak beli baju Puteri Islam boleh ? '' Mak aku cakap pergilah. Then mak aku pergi kaunter and cancelkan kain hitam yang aku ambik tadi. Pekerja tu boleh cakap kat mak aku '' eei, geram betul ''. Dari situ korang bayangkan lah ketidaksopanan budak tu. Haishhh, sampai hati kau cakap kasar dengan mak aku !



Mak aku pergi kat aku and dia cakap '' k.long, budak tu dah marahlah ''. Aku pun bukak cerita yang budak tu tak puas hati jugak dengan aku. Masa dia tengok aku beli dia cakap '' hishh, nyampah betul ''. Pastu mak aku cakap la '' sombong sangat, dah la muka masam perangai pulak gitu, macam mane tokey boleh ambik dia bekerja ? kalau mak ni mulut lepas dah lama marah sound dia balik ''. Mak aku suruh pilih, cabut kain dari hanger dan tinggalkan je. Haha !



Lepas tu yang layan kitorang pekerja lain dah. Budak tadi terus dengan kebangangan dia kat kaunter. Yang baru ni cantek, peramah pulak tu. Jauh panggang dari api kalau nak dibezakan dengan budak tadi tu. Ayah aku dengar kitorang anak beranak kecoh dia pun sibuk nak tau. Mak aku slumber je tunjuk sambil mulut mengomel, geram nak g report kat tokey. Muahaha ! Kat luar aku nampak dia angkat kotak, dia boleh hempas je ke tanah. Hish hish hish.



Untuk kakak muka monyok :)


Kau tu bekerja, cari rezeki kan ? Ikhlas tak dengan kerja kau tu ? Walaupun kau ade masalah, tapi janganlah sampai treat customer macam tu. Time costumer takde kau buat la muka hodoh tu. Bila costumer datang, cuba senyum walaupun FAKE ! Ingat, customer always right ! Aku pun pernah keje kedai baju. Aku tau kepenatan dia lain macam. Tapi cuba senyum dan enjoy bila buat keje tu. Chill okayy sys !




Senyum macam ni boleh ?




Labels:


Blog berwajah sedikit baru !
Saturday, September 24, 2011 September 24, 2011 | 0 Comment(s)

Hye !



Err, ape maksud title kat atas tu ? Kalau korang readers and pengunjung sejati blog aku mesti dapat cam sedikit kelainan kat blog aku. Sikit je tau. Aku cuma ubah background, header dan tambah recent post bergerak tu. Recent post bergerak aku tengok tutorial tapi tweak sendiri codenye. Thats why ade pink-pink.



Header tu adik Nana yang buat. Tengok kat bahagian kredit ye. So sekarang aku dah ade lebih kurang 4 atau 5 header. Mostly adik Alia yang buat. So senanglah nak tukar-tukar header if boring lepas ni. 








Labels: ,


Header baru lagi :)
Thursday, September 22, 2011 September 22, 2011 | 2 Comment(s)












Muka mintak pelempang je kan ?



Amacam, kawaii tak header baru aku ? Seperti biasa memang bukan aku yang buat. Mana pandai lorh. Photoscape and Photoshop dalam lappy ni dah bersawang bagai. Tuan dia tetap bengap jugak tak guna guna. Puas dah aku tengok macam-macam tutorial tapi tak jadi. Nak download tulisan pon tak reti.


Nampak sangat kekunoan aku. Huh. So header ni dibuat oleh adik Alia. Kalau nak lawat blog dia tekan sini. Memang tiap kali dia bukak tempahan header aku lah orang first yang tempah. And paling best free je. Kalau nak suruh dia editkan blog pon boleh, yang tu kena bayar la.


Thank adik, Hope adik tak kesah la asyik-asyik nama akak je yang tempah. Hehe  

Labels: ,


Fenomena pelik yang membimbangkan aku.
Wednesday, September 21, 2011 September 21, 2011 | 0 Comment(s)

Pegang gitar konon-konon nyanyi lagu Cinta Muka Buku !



Sekarang aku tengok kat FB status bukan main lagi, in a relationship, engaged, married. Padahal hingusan lagi tu. #aku pun same. Masing-masing dah ade pakwe / makwe. Pelik tak ? Baik cakap pelik !



Yang super peliknya, dah ade pakwe / makwe tapi still layan orang lain. Paham maksud aku ? Layan di sini tak salah kalau setakat komen status tu. Tapi yang wall to wall nieh. Biasanye terjadi kat budak-budak HOT la.



Bukan main lagi sayang, dear, darling. Taulah kawan tapi aku pelik, pakwe / makwe diorang tak rasa jealous ke hah ? Kalau aku lah kan, memang tak terkawal tahap ke'jealous'an aku. Kau dah ade yang special tapi masih menggedik dengan orang lain. Cuba bayangkan kalau korang ni pakwe / makwe spesies macam ni. Tak rasa malu ke ? Bukankah panggilan sebegitu hanya untuk yang istimewa ?



Orang lain yang tengok tu mesti rasa kita yang syok sendiri. Ehh, kau duduk berjiwang sini tapi pakwe / makwe kau dok wall to wall dengan orang lain. Lagi satu yang pasang abang / kakak angkat ni. Ahh, malas nak membebel lagi.



p/s : Entri ni ditulis cuma sebagai hobi mengisi masa lapang aku ye. Jangan lepas ni ramai-ramai hentam aku dah la. 




Labels:


Salah ke kalau cemburu ?
Monday, September 19, 2011 September 19, 2011 | 0 Comment(s)




Bencikan kalau perasaan cemburu tu datang ? Serba salah hidup jadinya. Dalam otak tu mulalah fikir yang bukan-bukan je. Walaupun hati kuat menafikan, tapi kadang kala boleh kalah dengan perasaan sendiri. 



Selalunya orang kaitkan cemburu ni dengan perempuan. Lelaki takde langsung ke perasaan tu ? Bukan takde sebenarnye tapi diorang pandai cover. Kalau perempuan lah, memamg kecoh satu tanjung bila angin cemburu tu datang.







Memang aku tak nafikan yang aku ni kuat cemburu. I admit it. Get problem with that ? Sebab dah sayang maka aku ade hak nak cemburu kan ? Lama dah aku perhatikan tapi aku cool je. Pejam mata jela Syifa, butakan hati kau tu !



Tapi bila member dah start tegur, aku mulalah tacing. Kalau boleh taknak pandang kelas dia. Balik tadi jalan sama-sama, dia boleh pulak buat slumber je. Taktau ke yang aku ni cemburu ? Hurmmm.




Labels: ,


Phewww, syukur sebab terselamat. Kalau tak eksiden la aku. Semuanya gara-gara bunga raya !
Thursday, September 15, 2011 September 15, 2011 | 0 Comment(s)





Hello Earthlings :)



Mesti semua tersenyum lebar sekarang ni kan ? Maklumlah, cuti 3 hari. Hikhok. Cuti ni aku berazam nak buat homework and nota yang dah tertangguh punye lah lama. Agak-agak tercapai tak hajat aku nak buat semua tu ? Disebabkan netbook aku dah rosak, maka aktiviti berfacebook dan menghupdate blog bakal dikurangkan. Nak guna laptop kena kongsi dengan adik. Tak selesa. Nak guna komputer pulak tak best sebab tak boleh baring-baring. Haha #stop it.



Back to the topic, hari ni pergi sekolah naik kereta. Macam biaselah member yang bawakkan. Masa balik tadi lepas hantar member kitorang nyaris eksiden. Membe aku yang bawak kereta ( Mira ) ade petik bunga raya untuk kerja seni dia lah. Bunga tu dia letak kat belakang. Kat belakang tu ade sorang lagi membe (Fana ). Mira tanye la Fana mane bunga raya tu. Puas Fana cari tak jumpa. Tiba aku nampak bunga tu bawah Fana. Aku cakap la '' Fana, ko duduk atas bunga tu ''.



Mira pun cakap la '' weyh, habis bunga aku ''. Dia pandang belakang. Lame jugak la. Aku pun pandang sekali sebab nak tengok bunga tu. Bila Mira pandang depan dia menjerit. Aku tengok kat depan tu betul-betul longkang dengan papan tanda. Aku pun jerit la. Agaknya nervous, Mira nak tekan brek tapi tertekan minyak. Then dia tekan brek serta-merta. Lepas tu kitorang gelak tak ingat dunia la. Macam mane kat jalan lurus boleh terpesong nak masuk longkang. Haiyaa~



Moral of the story : Berhati-hati di jalanraya. Jangan bawak bunga raya. Muahaha !







Labels: ,


Tenanglah duhai hati, Dia selalu ada buatmu. Berdoalah agar dia takdirmu :)
Tuesday, September 13, 2011 September 13, 2011 | 2 Comment(s)










Kadang-kadang kita tak sedar, orang yang kita tak peduli sayang gila dekat kita.
Kadang-kadang kita tak sedar, kita terlampau sayang dekat orang yang selalu sakitkan hati kita.



Awak, macam mane kalau saya tak dapat nak tunaikan janji saya pada awk. Apa awak akan tetap sayang saya atau berlalu pergi tanpa menoleh lagi ? Tapi saya tetap berdoa agar awak jodoh saya. Bukan saja di dunia tapi juga di akhirat.  Amin.

Labels:


Cinta tu macam kartun kan ?
Saturday, September 10, 2011 September 10, 2011 | 2 Comment(s)





Sejak akhir-akhir ni, rasa macam kelakar la pulak. Hubungan aku dengan dia dah jadi macam kartun tau ? Pagi ni gelak sakan malam nanti belum tentu sama. Entah-entah berperang. Serious bila fikir balik rasa macam tak logik je. Cepat betul berubahnya. Tapi aku suka ! Aku memang suka cari pasal dengan dia. Sebab suka bila kena marah. 



Bila dia marah, aku rasa macam selamat je. Baru tau yang dia ambik berat pasal aku. And paling penting dia sayangkan aku. Setiap teguran yang dia bagi buat aku terharu je. Rasa macam dia la Mr. Right aku. InsyaAllah :) 



Bila kitorang gaduh keluar la bahasa '' kau aku ''. Mula-mula aku agak tacing la. Tapi dia ada cakap, kalau guna '' kau aku '' tak semestinya tak sayang kan ? Renung-renung balik, betul jugak ape dia cakap tu. So sekarang kalau gaduh bahasa memang kaw kaw la. Tapi seronok tau. Haha #aku gile.



Semalam pergi beraya lagi. And kitorang gaduh balik. Salahnye sebab aku tak bagitau nak bertolak ke rumah member dah. Teruk jugak kena marah. Then dia call, phone aku pulak rosak. Kena loudspeaker baru dengar. Aku pun buat la loudspeaker. Bila dia marah, member lain semua diam, tercengang. Aku relax je sebab aku tau dia marah bukan benci aku. Lepas tu semua tanya ape yang berlaku and suruh aku bersabar. Aku senyum je.



Lepak kat rumah member sampai petang. Tak lama tu dia datang nak jumpa kejap. See, dia dah baik. Buat aku ketawa sampai sakit perut. Lepastu dia tegur nape pakai baju jarang. Sekejap je marah dia tu. Tak boleh merajuk lama-lama, nanti rindu. Haha. Cinta tu macam kartun kan ? 






Awat suci semacam je muka aku tu ? 





Baru la nak pandang kamera.





Dia tak habis-habis lagi ejek aku pendek. Padahal aku dah pakai high heels. Geram betul. Semalam aku timbang berat, syukur sebab dah turun sikit. Macam biase la, berita gembira mesti kena heboh dekat dia :)



Tadi timbang kat rumah Wa, berat orang dah turun sikit.

Tu la, b pon perasan yang cyg kurus sikit.

Eleh, dan-dan je perasan.

Betullah, tapi malas nak cakap sebab nanti cyg bangge.

Hehe, b nak cyg kurus mcm mane ?

Gemuk ke kurus b tak kesah. B sayang cyg bukan sebab tu. Tapi sebab perasaan.

* Malu * Tapi cyg nak kurus sikit lagi lepas tu nak tinggi !

Lepas ke nak tinggi ?




Muahaha, kang orang tinggi orang pijak-pijak awak tau ! Takmo ejek-ejek dah. nanti orang merajuk lagi.

Labels:


Maaf sebab aku tak boleh tak ganggu kau !
Friday, September 9, 2011 September 09, 2011 | 0 Comment(s)






Semalam kita gaduh teruk kan ?
Aku taktau apa yang aku cakap, hinggalah sampai mesej kau yang buatkan badan aku menggigil.
Kau mintak aku jauhkan diri dari kau, kau cakap jangan ganggu kau lagi.
Aku pejam mata, harap bila buka nanti tu semua khayalan aku je.
Tapi aku silap, memang betullah apa yang kau cakapkan tu.




Kosong terus dunia aku.
kau tau tak, kau ni tulang belakang aku ?
Tanpa kau aku tak mungkin segembira sekarang.
Tapi kenapa akhirnya jadi macam ni ?
Aku nak kau tau yang aku tak maksudkannya.
Aku tak fikir dulu sebelum bercakap.




Tapi aku akur, cuba terima walaupun sakit.
Kau call aku tapi aku biarkan macam tu je.
Nak tau apa yang aku buat masa tu ?
Aku baca mesej-mesej kita sebelum tu. Indahnya rasa.
Kenapa cepat sangat perasaan tu hilang ?




Lepas fikir-fikir semula, aku cuba kikis ego dan angkat call.
Sambil tahan nafas yang turun naik, aku dengar je apa yang kau cakapkan.
Satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut aku kan ?
Kau tanya aku sayangkan kau lagi ke, tapi aku tak jawab.
Bukan tandanya aku tak sayang, cuma tak mampu nak buka mulut masa tu.
Perit sangat rasanya nak lepaskan kau buat sementara.



Lepastu kredit kau habis dan aku pulak call kau.
Tapi sama je, aku tak cakap apa-apa pun.
Aku dengar kau macam nangis je, sebak rasa.
Aku jauhkan sikit telefon dan aku pun nangis -,-
Disebabkan aku bisu masa tu, kau matikan talian.



Pukul 4 pagi kau mesej suruh aku telefon. Kebetulan aku terjaga.
Mood kau macam dah okay.
Kau cakap nanti bila kita dah cukup setahun kau nak jumpa.
Aku cakap la aku taknak ganggu kau dah.
Kau suruh lupakan je. Biasa la tengah marah masa tu.
Tapi aku dah janji kan taknak ganggu kau lagi.
Tunggu la aku fikirkan dulu.




Tapi tadi masa kat sekolah aku terharu sangat.
Masa rehat kau datang nak jumpaaku, tapi malangnya aku tak boleh bangun.
Sakit perempuan. Lepastu kau datang masuk dalam kelas aku.
Kau happy je, kau buat aku tergelak balik dengar lawak kau yang habat tu.
Masa balik pulak kita jalan sama-sama sampai kat pintu pagar.




Mungkin malam tadi tu cuma mimpi buruk kita.
Kalau kau mintak aku lupakankau, terus terang aku tak dapat nak buat macam tu.
Sorry ye atas percakapan, perbuatan dan sikap aku yang selama ni banyak buat kau naik angin.
Harap kau boleh bersabar dan terus bersabar sampai hari yang kita nanti-nantikan. InsyaAllah :)







Aku suka bila kau marah aku sebab aku boleh merajuk dengan kau. Walaupun kadang-kadang kau sengaja taknak pujuk. Ish.




Labels: ,


Bila mana aku tewas :'(
Wednesday, September 7, 2011 September 07, 2011 | 0 Comment(s)








Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.




Dah lama aku tahan hati ni supaya bersabar. Jangan ikutkan sangat emosi. Tapi kenapa kau sangat degil wahai HATI ? Untuk kesekian kalinya, aku harus akur yang aku tewas ! Tewas dengan perasaan sendiri. Tak mampu lagi rasanya menampung airmata ni. Biarlah perlahan-lahan mengalir, mencurah dan meniti di pipiku.



Kenapa aku tak kuat ? Dugaan kali ni sangat berat. Hambamu ini tak mampu Ya Allah. Andai dia memang tercipta untukku, Kau permudahkanlah perjalanan hubungan kami Ya Allah. Tapi, jika dia bukan milikku Kau pisahkanlah kami. Bukan apa, aku taknak sayang orang yang salah lagi. Cukuplah sekali aku dibuang oleh orang yang betul-betul aku sayang. 



.

Labels: ,


Nak raya sampai sebulan boleh ?
Tuesday, September 6, 2011 September 06, 2011 | 0 Comment(s)





Assalamualaikum. Hello Earthlings :)



Wassup guys. Adakah anda masih lagi aktif beraya ? Cuba tanya aku. Jawapannya adalah YA ! Memang cool kentang lah kan ? Bila beraya dengan family segan sebab dah besar malas nak beria. Tapi kalau kawan ajak pegi beraya memang aku on dengan pantas. Nak-nak lagi abah kasi greenlight guna kereta. Sayanggg abah ! Hehe.



Ni antara koleksi gambar raya aku hari Ahad lepas. Aku memang suka update lambat. Yang terbaiknye hari semalam ponteng sekolah sebab penat beraya. Tapi bila member text ajak beraya rumah teacher petang semalam, hilang terus penat aku. Muahaha !
































Gambar last tu tak boleh blah kan ? Sempat lagi dating tu. Haishhh ! Picture beraya rumah teacher aku update later okey. 







Labels: ,


Riang raya :)
Friday, September 2, 2011 September 02, 2011 | 0 Comment(s)






Assalamualaikum and Hello Earthlings.



Seperti yang dijanjikan dalam entri lepas, aku nak update pasal hari raya lah. Tahun ni aku rasa cara sambutan biase-biase saje. Mungkin faktor usia yang mengehadkan cara sambutan aku. Maklum lah, beberapa hari lagi usia aku bakal menginjak ke 18 tahun. Attention, beberapa hari lagi ! So kenalah ubah style beraya yedakk ? Takkan buat muka tak malu duduk depan pintu rumah orang tersengih-sengih mintak duit raya kan kan kan ?



Sehari sebelum raya iaitu hari Isnin, aku balik rumah wan. Konvoi 2 buah kereta, kereta aku and sepupu aku serta familynya. Adik aku pergi dulu naik motor. Sampai rumah wan prepared untuk berbuka puasa buat terakhir kalinya dalam tahun ni. Sambil tu tengok wan dengan sepupu bakar lemang. Terbaekkk la bau die. Malam pulak, sepupu aku yang jantan + adik aku maen mercun. Sumpah kuat giler. Tak aman la kau nak tidur. Ayah aku bertempik and acting garang, but tak serious menyebabkan diorang lagi kencang maen.




Keesokan harinya iaitu hari raya, aku bangun awal tau. Takkan hari raya aku nak terbungkang tidur sampai pukul 12 kan ? Mau kena hempuk dengan sofa. Lepas sembahyang raya, bermaaf-maafan. Ish, tacing jugak time ni. Cair make up aku. Then, pegi la beraya dari rumah ke rumah. Masuk rumah first aku makan, pegi rumah kedua aku makan lagi, rumah ketiga. keempat dan seterusnya aku makan jugak. Memang non-stop la.  Lepas ni aku malas timbang berat badan, mesti naik punye.























Habis beraya kat kampung belah ma, kitorang bersiap and gerak nak balik kampung belah abah pulak. Tak jauh pun, dalam 2 jam je sampai la. Tapi sebelum tu merata la singgah dulu. Maklumlah, ramai sedara kat Maran tu. Plus, aku pernah duduk sane selama 16 tahun.







Dalam pukul 6 kot sampai kampung belah abah pulak. Tak sempat dah nak beraya kat situ. Esoknya, hari Selasa bersamaan hari kedua di bulan Syawal aku pergi ziarah kubur arwah tokki. Sumpah aku sebak masa baca Yassin. Walaupun tak berapa rapat dengan arwah sebab beliau seorang yang tegas, tapi aku tetap rasa rapat dengan arwah :'( Semoga arwah tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.



Without planning too much, kitorang decide pegi Kuantan. Beraya di rumah bekas pengasuh adik aku and rumah kakak kepada mak aku. Sambil tu jalan-jalan makan angin sekali.












Sekian :)



Labels: ,